Saturday, 27 July 2019

4) Fungsi Organ Deria Penglihatan

Bagaimana manusia melihat ??

  • Manusia melihat menggunakan MATA.

  • Mata ialah organ deria penglihatan yang peka terhadap CAHAYA.
  • Bayangkan jika manusia hidup tanpa deria penglihatan, apakah perasaan anda ? 
  • Oleh itu, adalah sangat penting untuk kamu semua menjaga kesihatan mata kamu.
  • Cikgu berikan tips dan cara bagaimana kamu semua boleh menjaga mata kamu. 

  • Kamu semua haruslah menjaga pemakanan kamu contohnya makan makanan yang banyak VITAMIN seperti Vitamin C dan Vitamin E. Contoh lain seperti makan sayur dan buah buahan serta telur.
                                
  • Jangan menonton televisyen (TV), melihat komputer dan telefon pintar terlalu dekat. Kamu haruslah melihat dengan jarak yang jauh sekurang - kurangnya 2 meter.


  • Jika kamu hendak keluar di waktu tengah hari, pastikan kamu memakai pelindung mata seperti spek mata hitam.


  • Kamu semua haruslah membaca buku di tempat yang terang dan jarak antara mata dan buku sekurang - kurangnya 30 meter. 

  • Melakukan pemeriksaan mata di klinik mata dan berjumpa dengan Doktor yang bertauliah sekurang - kurangnya 2 tahun sekali.


  • Baiklah, cikgu hendak uji penglihatan kamu, sila senaraikan gambar yang telah kamu semua lihat pada video di bawah :-
 

  • Sekarang, cikgu nak kamu semua lihat gambar yang telah cikgu tangkap semasa pergi ke sebuah pasar raya, senaraikan apa yang kamu nampak... 


 


Semoga kamu faham apa itu Deria Penglihatan dan fungsinya ya !

No comments:

Post a Comment