Friday, 26 July 2019

2) Fungsi Organ Deria Rasa

Apakah Fungsi Organ Deria Rasa ??

  • Lidah ialah organ deria rasa. 

  • Fungsi lidah adalah untuk mengesan rangsangan bahan kimia yang terdapat dalam makanan. 

  • Terdapat empat (4) jenis tunas rasa yang dapat dikesan oleh LIDAH : 
1) Manis 
2) Masam 
3) Pahit 
4) Masin 
  • LIDAH mempunyai  Tunas rasa yang peka terhadap terdiri empat (4) jenis rasa :-

  • Lihat rajah di atas, pembahagi peta lidah dan tunah lidah adalah terbahagi kepada 4 jenis rasa iaitu (Manis, Masam, Masin dan Pahit) 

  • Lihat Video yang telah cikgu letakkan, fahami video tersebut dan jawab soalan di bawah :- 
  1. Gula mempunyai rasa yang ____________________.
  2. Donut mempunyai rasa yang _________________.
  3. Peria mempunyai rasa yang __________________.
  4. Jus buah epal mempunyai rasa yang ______________.
  5. Limau kasturi rasanya _________________.
  6. Ikan masin rasanya ________________. 
  7. Berapakah jenis rasa yang boleh dikesan oleh lidah ? ________________. 

  • Video yang cikgu tunjukkan di atas ini adalah video kawan - kawan cikgu merasa jenis makanan menggunakan lidah mereka, di dalam video tersebut terdapat reaksi muka kawan - kawan cikgu yang melucukan. Selamat menonton :D  

  • Soalan : Senaraikan makanan serta jenis deria rasa yang ditunjukkan oleh kawan - kawan cikgu di dalam video yang telah ditonton.
SELAMAT MAJU JAYA MURID _ MURID !


No comments:

Post a Comment