Friday, 30 August 2019

SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU DIVA !

  • Hai semua anak murid cikgu Diva ! Selamat datamg ke Blog Cikgu DIVA ! semoga awak semua mendapat manfaat dari Blog ini ya :)

  • Haaa... Mesti semua tertanya - tanya macam mana nak guna blog ini kan ? 

  • Macam ini caranyaaa .....
  • KLIK dan MAINKAN Video di bawah ini : 



Friday, 2 August 2019

8) NILAI - NILAI MURNI

Apakah nilai yang anak murid semua telah dapat melalui topik Organ Deria Manusia ini ??

  • Haaaa, kita telah sampai ke penghujung topik kita mengenai Organ Deria Manusia. Cikgu Divaa harap semua anak murid Cikgu faham apa yang telah Cikgu ajar menggunakan blogspot cikgu ini. 

  • Nilai Murni yang cikgu nak tekankan dalam topik ini adalah :- 


  • Kita haruslah sentiasa bersyukur kepada ALLAH / Tuhan kerana telah memberikan kita Organ Deria yang sempurna yang banyak membantu kita dalah kehidupan seharian kita. Oleh itu, bagaimana kamu semua menunjukkan rasa SYUKUR ?

  • Kamu haruslah BERTANGGUNGJAWAB menjaga organ deria kamu dengan baik iaitu dengan cara :- 

Menjaga kebersihan Telinga dan HIDUNG



Mencuci KULIT menggunakan Sabun yang sesuai.


Tidak membaca di tempat yang gelap untuk menjaga MATA


Jangan makan makanan yang terlalu panas sehingga menyakitkan LIDAH

  • Sekarang, cikgu nak kamu semua lihat Video di bawah ini, mengikut kumpulan yang telah cikgu pilih menggunakan THE HAT, Sila bincangkan Nilai yang telah kamu tahu dan bagaimana untuk aplikasikan di dalam kehidupan kamu ?






Habislah topik Organ Deria Manusia pada hari ini, Selamat Maju Jaya semua !



Tuesday, 30 July 2019

7) LATIHAN PENGUKUHAN

Hari ini Cikgu Diva nak uji anak murid semua mengenai topik Organ Deria Manusia. Cuba kamu semua ingat balik apa yang telah kita pelajari.
  • Senaraikan Lima Organ Deria Manusia yang telah kamu semua pelajari. 

  • Tekan Link di bawah ini yang berwarna ungu dan cari perkataan mengenai organ deria manusia dengan betul.


  • Ramalkan apa yang akan berlaku jika kita tiada deria sentuh ?
Apa yang akan berlaku jika kita tidak mempunyai deria sentuh ??

  • Tekan Link di bawah ini yang berwarna ungu dan susun perkataan mengenai organ deria manusia dengan betul. 


  • Imbas QR CODE di bawah dan jawab soalan yang cikgu berikan.

 


  • Jom uji minda dengan bermain Puzzle di bawah... Cuba kalahkan markah cikgu Diva okayy ! Tekan link yang berwarna ungu di bawah ini.



Haaaaa.... tengok ni markah Cikgu DIVA, cuba kamu semua kalahkan markah cikgu DIVA :D



  • Tekan Link di bawah, dan Pusingkan Roda tersebut mengikut giliran, kemudian ceritakan pada cikgu apa yang kamu telah pelajari mengikut tajuk yang kamu perolehi :







Cikgu DIVA percaya, semua anak murid cikgu boleh menjawab dengan baik ! Selamat Maju Jaya semua !


Siapa yang dapat markah paling banyak, boleh datang jumpa cikgu Diva, Cikgu nak bagi hadiah istimewa untuk murid cikgu :)




Monday, 29 July 2019

6) Fungsi Organ Deria Hidu / Bau


Apakah organ deria hidu ? kamu semua menghidu menggunakan apa ?

  • HIDUNG ialah organ deria bau.

  • Sel - sel deria bau terdapat pada bahagian RONGGA HIDUNG.




  • Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding bau yang lemah. 

  • Jika sel - sel deria dirangsang oleh bau yang KUAT, bau - bau yang lain iaitu bau yang LEMAH tidak akan dikesan pada masa yang sama.

  • Haaaa.... macam mana pula kalau kita selsema ? kita boleh hidu tak ?? 



  • JOM kita Kenali JENIS _ JENIS bau !! 



  
        Hermm .... apa ye jenis - jenis bau yang ada ?? 



         
 


  • Waah ... rupanya ada 5 jenis bau iaitu :- 
  1. Bau Bunga
  2. Bau Busuk 
  3. Bau Dibakar 
  4. Bau Aroma Makanan
  5. Bau Wangi



  • AKTIVITI kita pada hari ini ialah :

  • Berdasarkan situasi gambar yang cikgu berikan ini, sila nyatakan bau apa yang anda hidu :-

1) 
 2)


 


3) 
 

4)   
 

5) 
 

6)  
 
7) 


8) 

9) 
 

10) 

  • Yeaaay ! kamu boleh berbincang dengan rakan - rakan kamu dan berikan contoh lain mengenai bau busuk, bau wangi, bau terbakar, bau aroma makanan dan juga bau bunga ..... setiap 1 bau beri cikgu dua contoh.



haaa... Cikgu pasti semua anak murid cikgu dapat jawab dengan betul ! kalau tak faham, boleh tanya cikgu yaa !

Saturday, 27 July 2019

5) Fungsi Organ Deria Kulit

Apakah deria organ yang anda gunakan ketika menyentuh ?   
  • Kulit ialah organ deria SENTUH.



  • KULIT merupakan organ deria TERBESAR pada badan manusia.



  • Setiap Manusia, mempunyai kulit.




  • Cuba kamu semua mencubit kulit kamu, pasti kamu rasa sakit kan ?

  • Itu maksudnya kulit kamu telah menerima satu RANGSANGAN (cubitan) kemudian RESEPTOR akan menghasilkan IMPULS dan menghantarnya ke OTAK melalui SARAF TUNJANG, kemudian MAKLUMAT dapat DITAFSIRKAN = SAKIT


  • Cikgu tunjukkan video yang telah cikgu buat bersama kawan - kawan cikgu, kamu semua diminta untuk fahami dan senaraikan bahan serta rasa bahan tersebut apabila disentuh oleh kawan - kawan cikgu.





  • Aktiviti pada hari ini ialah :

  • Dalam kumpulan iaitu seramai 3 orang untuk 1 kumpulan, murid diminta menyatakan rasa bahan apabila disentuh dan menyatakan di mana kamu boleh melihat bahan tersebut.

  • Setiap kumpulan hanya mempunyai 1 bahan sahaja.


  • Kumpulan 1 = Bahannya adalah AIS BATU

  • Kumpulan 2 = Bahannya adalah KUCING
 

  • Kumpulan 3 = Bahannya adalah POKOK KAKTUS


  • Selepas selesai membincangkan aktiviti yang diberikan, kamu semua harus ceritakan dan kongsikan apa yang kamu rasa bersama rakan - rakan kamu ya !
Bagus dan Bijaklah anak murid cikgu Diva Letopss ni !!





4) Fungsi Organ Deria Penglihatan

Bagaimana manusia melihat ??

  • Manusia melihat menggunakan MATA.

  • Mata ialah organ deria penglihatan yang peka terhadap CAHAYA.
  • Bayangkan jika manusia hidup tanpa deria penglihatan, apakah perasaan anda ? 
  • Oleh itu, adalah sangat penting untuk kamu semua menjaga kesihatan mata kamu.
  • Cikgu berikan tips dan cara bagaimana kamu semua boleh menjaga mata kamu. 

  • Kamu semua haruslah menjaga pemakanan kamu contohnya makan makanan yang banyak VITAMIN seperti Vitamin C dan Vitamin E. Contoh lain seperti makan sayur dan buah buahan serta telur.
                                
  • Jangan menonton televisyen (TV), melihat komputer dan telefon pintar terlalu dekat. Kamu haruslah melihat dengan jarak yang jauh sekurang - kurangnya 2 meter.


  • Jika kamu hendak keluar di waktu tengah hari, pastikan kamu memakai pelindung mata seperti spek mata hitam.


  • Kamu semua haruslah membaca buku di tempat yang terang dan jarak antara mata dan buku sekurang - kurangnya 30 meter. 

  • Melakukan pemeriksaan mata di klinik mata dan berjumpa dengan Doktor yang bertauliah sekurang - kurangnya 2 tahun sekali.


  • Baiklah, cikgu hendak uji penglihatan kamu, sila senaraikan gambar yang telah kamu semua lihat pada video di bawah :-
 

  • Sekarang, cikgu nak kamu semua lihat gambar yang telah cikgu tangkap semasa pergi ke sebuah pasar raya, senaraikan apa yang kamu nampak... 


 


Semoga kamu faham apa itu Deria Penglihatan dan fungsinya ya !