|
Apakah nilai yang anak murid semua telah dapat melalui topik Organ Deria Manusia ini ?? |
- Haaaa, kita telah sampai ke penghujung topik kita mengenai Organ Deria Manusia. Cikgu Divaa harap semua anak murid Cikgu faham apa yang telah Cikgu ajar menggunakan blogspot cikgu ini.
- Nilai Murni yang cikgu nak tekankan dalam topik ini adalah :-
- Kita haruslah sentiasa bersyukur kepada ALLAH / Tuhan kerana telah memberikan kita Organ Deria yang sempurna yang banyak membantu kita dalah kehidupan seharian kita. Oleh itu, bagaimana kamu semua menunjukkan rasa SYUKUR ?
- Kamu haruslah BERTANGGUNGJAWAB menjaga organ deria kamu dengan baik iaitu dengan cara :-
Menjaga kebersihan Telinga dan HIDUNG
Mencuci KULIT menggunakan Sabun yang sesuai.
Tidak membaca di tempat yang gelap untuk menjaga MATA
Jangan makan makanan yang terlalu panas sehingga menyakitkan LIDAH
- Sekarang, cikgu nak kamu semua lihat Video di bawah ini, mengikut kumpulan yang telah cikgu pilih menggunakan THE HAT, Sila bincangkan Nilai yang telah kamu tahu dan bagaimana untuk aplikasikan di dalam kehidupan kamu ?
Habislah topik Organ Deria Manusia pada hari ini, Selamat Maju Jaya semua !